Wednesday, 21 December 2016

Syiah

Kenyataan  Al Qaradhawi yg terjemahkan dari youtube(link dibawah)
https://youtu.be/enr30R9xA-Q


"Aku dahulunya termasuk mereka yg menyeru kepada Taqrib (Mendekatkan Syi'ah dgn Sunnah), aku sedemikian dalam beberapa tahun utk usaha ini, Aku hadiri setiap muktamar taqrib, di Ribath, Syria, Bahrain, Qatar, aku juga menziarahi Iran, menziarahi para mullah mereka di sana, para ayatullah. Mereka mengalu-alukan dlm marhalah kedua, presiden mereka Muhammad Khatami sungguh2 mengalu-alukan aku, aku dlm keadaan sedemikian utk beberapa tahun. Akan tetapi aku pada hakikatnya mendapati yg mendapat untung dr kerja-kerja taqrib ini adalah Syi'ah. Adapun Ahl alSunnah, tiada sesuatupun yg dapat mereka manfaatkan. Kami pernah pergi ke Syria utk kerja taqrib, namun selepas itu mereka orang2 Syi'ah membuka puluhan Husainiyyat (tempat ibadah org Syi'ah) sekalipun di tempat yg tiada org Syi'ah, sebaliknya di tempat-tempat ahli sunnah. Mereka (org2 syiah) kata: "kita semua sama." Mereka yg mendapat faedah, setelah itu aku dapati, pada hakikatnya mereka memiliki dana yg besar, org2 yg terlatih, dan mereka memiliki kekuatan utk memerangi ahlu sunnah, bagi menghancurkan negara2 ahli sunnah di Asia, Afrika dan di merata tempat.

Maka aku mula memerhatikan satu persatu setiap keputusanku... sehinggalah aku mengisytiharkan bahawa perkara taqrib ini tidak betul, tidak betul, kerana Syiah dgn cepat mengambil peluang dr kecuaian ahli sunnah. Kita tidak mengajarkan kpd pengikut ahli sunnah tentang syiah, sedangkan org ramai menyangka org syiah sayangkan ahli alBait, dan semua kita sayangkan ahli alBait... tidak, mereka (ahki sunnah) tidak tahu bahawa syiah memiliki pandangan ttg alQuran yg berbeza dgn kita, pandangan mereka ttg sunnah tidak sama dgn kita, pandangan mereka ttg para sahabat dan para isteri nabi tidak sama dgn kita, dan mereka juga ada pandangan2 dlm hal itu dan ini. Kita tidak terangkan kpd mereka perkara ini. Maka sekarang ini, menjadikan kita mesti menerangkan kpd ahli sunnah (tentang syiah) supaya mereka berhati2 dgn org2 syiah yang datang kepada mereka,  org2 syiah itu memiliki dana yg berjuta, org2 yg sedia membiaya utk merosakkan ahli sunnah. Mazhab ahlus sunnah adalah mazhab yg asasi, yang asalnya semua orang adalah sunnah. Melainkan sekumpulan kecil yg tidak sampai 10% shj yg syiah.

Lalu aku mula mengatakan tidak (kpd taqrib). Kerana itu mereka mula menyerangku yg sebelum itu mereka semua memuji aku, masyaAllah. Sekrg mereka mula menyerangku. Akan ttpi aku akan tetap menyatakan kebenaran dan aku tidak takutkan celaan org yg mencela.

Aku sama sekali tidak akan terima, ahli sunnah diperangi oleh syiah. Mesir dahulunya di zaman Fatimiyyin yg memerintahnya dlm tempoh yg lama, org ramai pada zahirnya fatimiyyin, akan selama pemerintahan fatimiyyin shj,  apabila datang Salahuddin alAyyubi, maka org ramai menzahirkan hakikat mereka, dimana kesemuanya adlh ahli sunnah, maka kekallah ahli Mesir sbg org yg bermazhab ahli sunnah, sehinggala dr kalangan ahli keluarga imam jaafar alSodiq juga ahli sunnah.

No comments:

Post a Comment