Thursday 22 December 2016

Kambing.


Free

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Percuma

Tempat menarik di Kuala Lumpur banyak. Tapi tarikan percuma tak banyak.

Jadi, kalau anda bercuti di KL dengan keluarga, kemungkinan besar anda habis beratus ringgit hanya untuk tiket masuk.

Jangan berpeluh tau? Ada aktiviti dan tarikan percuma di Kuala Lumpur yang boleh anda buat atau lawat bila anda bercuti di sini. Jom kami tunjukkan.

1. Layan KLCC Park



Kredit viawww.kuaby.com


Bila anda di KL, singgah KLCC Park. Pertama, sebab ianya dekat dengan Menara Berkembar Petronas.

Kedua, sebab ada tempat best untuk anak-anak di bawah 10 tahun. Si kecil anda memang tak senang duduk tengok kolam randuk untuk mereka mandi manda.

Dan kalau itupun belum cukup meletihkan, ada taman permainan yang besar di sini. Dari swing sampailah ke slide, banyak tempat bermain yang bermacam ragam untuk mereka habiskan masa mereka.

2.Layan KLCC Lake Symphony



Kredit viawww.flickr.com


Jika anda berada di KLCC waktu malam, jangan lupa pergi keluar dari Suria Mall dan jengah KLCC Lake Symphony.

Di sini, ada pertunjukan air pancut di kolam KLCC dari 7 malam hingga 10 malam.

Bukan saja anda dan keluarga boleh duduk bersembang dengan keluarga sambil menontoh pertunjukan air. Tapi anda juga boleh bergambar dengan latarbelakang KLCC.

Bila malam kan lebih ummph?

3. Baca Buku Di KL City Library



Kredit viaupload.wikimedia.org


Anak anda ulat buku? Cantik!

Kami sarankan anda ke KL City Library yang dekat dengan Dataran Merdeka.

Ada 2 perpustakaan yang best di sini (ya! lagi baik dari Perpustakaan Negara). Satu agak kecil, dan ia hanya untuk anak-anak yang baru nak belajar membaca.

Dan berhampirannya, ada KL City Library. Perpustakaan ini jauh lebih besar, nyaman dan penuh dengan buku untuk anak-anak yang lebih berusia. Ada bahagian muzik kalau mereka mahu tutup mata dan layan muzik sambil berehat duduk di kerusi empuk.

4. Naik Bas GoKL



Kredit viaspadnews.blogspot.my


Ramai anak-anak sekarang yang tidak pernah merasa naik bas? Betul kan?

Apa kata anda bawa mereka ronda-ronda keliling Kuala Lumpur dengan bas percuma berwarna pink ini? Bas ini berhenti di banyak tempat — dari KLCC sampailah ke Masjid Jamek.

Waktu operasinya pun lama — dari 6 pagi sampailah 11 malam.

5. Berbasikal Di Publika

Bila tiba hari Ahad, jalan sekitar Publika ditutup. Jadi anda boleh bawa anak-anak berbasikal di sini dari pukul 7 hingga 10 pagi.

Sesiapa sahaja boleh beriadah di sini. Kalau anda tiada basikal, anda boleh sewa percuma. Dan selain basikal, rollerblade dan skates pun okay.

Bila dah lapar, atau anak anda merengek letih, rehat dan makan di mall ini.

6. Ambil Angin Di Tasik Perdana/Tasik Titiwangsa

Bila hari sudah petang, bawa mereka ke padang di Tasik Perdana atau Tasik Titiwangsa.

Kalau anda mahu mereka tidur awal, biarkan mereka berkejar-kejar di taman ini. Kalau anda ada bajet lebih, anda boleh berkayak di tasik, menaiki kereta kuda ataupun menyewa basikal 3-4 tempat duduk untuk anda sekeluarga kayuh keliling kawasan ini.

Apapun, kos menaiki kayak atau basikal ini jauh lebih murah dari masuk ke tarikan Kuala Lumpur lain.

7. Masuk Hutan Bandar KL Forest Eco Park



Kredit viawww.emily2u.com


Kalau anda tidak kisahkan nyamuk, ada hutan bandar di KL berdekatan dengan Bukit Bintang untuk anda sekeluarga layan.

Yang istimewa lagi, hutan ini hutan simpan tertua di Malaysia. Jadi ada pokok-pokoknya yang sudah beratus tahun umurnya yang masih elok dipelihara di sini.

Bila anda di sini, jangan lupa naik jambatan kanopi walk. Sebab yang ini satu saja betul-betul di tengah bandaraya KL (dan percuma pula tu).

8. Belajar Sejarah Dengan KL Heritage Walk

Selalunya orang putih saja yang minat berjalan kaki di KL. Tapi anda pun boleh. Lebih-lebih lagi anda mahu tahu sejarah Kuala Lumpur.

Kami sarankan anda ikut dalam lawatan berpandu DBKL yang percuma.

Dengan jurupandu, anda bakal berjalan bersama ke 11 tempat bersejarah di sekitar Dataran Merdeka — dan diterangkan tentang sejarah tempat-tempat ini. Dari sejarah pada zaman Yap Ah Loy sampailah ke zaman kolonial British, semua akan anda ketahui.

Jangan terkejut nanti, kalau anak anda lebih tahu sejarah KL dari orang KL sendiri nanti.

9. Rehat Di Secret Garden 1Utama



Kredit viawww.butterflyprojectmalaysia.com


Di atas bumbung shopping mall 1Utama sebenarnya ada taman rahsia. Tapi sedikit sangat yang tahu.

Sekarang, terima kasih pada bajet anda yang kecil, anda dan keluarga boleh tahu tarikan Kuala Lumpur yang ramai staff di mall sendiri pun tidak tahu. Sila tanya pak guard cara ke sini ya?

Datang sini hujung minggu saja tau. Dari 10pg – 10 malam. Dan layan taman atas bumbung terbesar di Asia Tenggara dengan percuma.

10. Tengok Senjata Di Muzium Polis



Kredit viamuseumvolunteersjmm.com


Muzium ini memang istimewa. Pertama, sebab masuk percuma. Dan yang keduanya, walaupun tanpa bayaran, barang-barang pamerannya lain dari yang lain.

Mahu tengok senjata Portugis semasa menyerang zaman Melaka? Ada di sini. Mahu tahu jenis-jenis senjata yang dirampas dari samseng atau penjenayah? Pun bukan masalah.

Walaupun ianya kecil, muzium ini jauh lebih membuka mata anda dari kebanyakan muzium di Malaysia.

Ada yang kami tertinggal? Jom share dengan kami semua tarikan percuma Kuala Lumpur yang patut orang lain tahu.

Wednesday 21 December 2016

Syiah

Kenyataan  Al Qaradhawi yg terjemahkan dari youtube(link dibawah)
https://youtu.be/enr30R9xA-Q


"Aku dahulunya termasuk mereka yg menyeru kepada Taqrib (Mendekatkan Syi'ah dgn Sunnah), aku sedemikian dalam beberapa tahun utk usaha ini, Aku hadiri setiap muktamar taqrib, di Ribath, Syria, Bahrain, Qatar, aku juga menziarahi Iran, menziarahi para mullah mereka di sana, para ayatullah. Mereka mengalu-alukan dlm marhalah kedua, presiden mereka Muhammad Khatami sungguh2 mengalu-alukan aku, aku dlm keadaan sedemikian utk beberapa tahun. Akan tetapi aku pada hakikatnya mendapati yg mendapat untung dr kerja-kerja taqrib ini adalah Syi'ah. Adapun Ahl alSunnah, tiada sesuatupun yg dapat mereka manfaatkan. Kami pernah pergi ke Syria utk kerja taqrib, namun selepas itu mereka orang2 Syi'ah membuka puluhan Husainiyyat (tempat ibadah org Syi'ah) sekalipun di tempat yg tiada org Syi'ah, sebaliknya di tempat-tempat ahli sunnah. Mereka (org2 syiah) kata: "kita semua sama." Mereka yg mendapat faedah, setelah itu aku dapati, pada hakikatnya mereka memiliki dana yg besar, org2 yg terlatih, dan mereka memiliki kekuatan utk memerangi ahlu sunnah, bagi menghancurkan negara2 ahli sunnah di Asia, Afrika dan di merata tempat.

Maka aku mula memerhatikan satu persatu setiap keputusanku... sehinggalah aku mengisytiharkan bahawa perkara taqrib ini tidak betul, tidak betul, kerana Syiah dgn cepat mengambil peluang dr kecuaian ahli sunnah. Kita tidak mengajarkan kpd pengikut ahli sunnah tentang syiah, sedangkan org ramai menyangka org syiah sayangkan ahli alBait, dan semua kita sayangkan ahli alBait... tidak, mereka (ahki sunnah) tidak tahu bahawa syiah memiliki pandangan ttg alQuran yg berbeza dgn kita, pandangan mereka ttg sunnah tidak sama dgn kita, pandangan mereka ttg para sahabat dan para isteri nabi tidak sama dgn kita, dan mereka juga ada pandangan2 dlm hal itu dan ini. Kita tidak terangkan kpd mereka perkara ini. Maka sekarang ini, menjadikan kita mesti menerangkan kpd ahli sunnah (tentang syiah) supaya mereka berhati2 dgn org2 syiah yang datang kepada mereka,  org2 syiah itu memiliki dana yg berjuta, org2 yg sedia membiaya utk merosakkan ahli sunnah. Mazhab ahlus sunnah adalah mazhab yg asasi, yang asalnya semua orang adalah sunnah. Melainkan sekumpulan kecil yg tidak sampai 10% shj yg syiah.

Lalu aku mula mengatakan tidak (kpd taqrib). Kerana itu mereka mula menyerangku yg sebelum itu mereka semua memuji aku, masyaAllah. Sekrg mereka mula menyerangku. Akan ttpi aku akan tetap menyatakan kebenaran dan aku tidak takutkan celaan org yg mencela.

Aku sama sekali tidak akan terima, ahli sunnah diperangi oleh syiah. Mesir dahulunya di zaman Fatimiyyin yg memerintahnya dlm tempoh yg lama, org ramai pada zahirnya fatimiyyin, akan selama pemerintahan fatimiyyin shj,  apabila datang Salahuddin alAyyubi, maka org ramai menzahirkan hakikat mereka, dimana kesemuanya adlh ahli sunnah, maka kekallah ahli Mesir sbg org yg bermazhab ahli sunnah, sehinggala dr kalangan ahli keluarga imam jaafar alSodiq juga ahli sunnah.

Terbaik.

Terjemahan Tulisan Daniel Goh Tentang Cara Ekonomi Malaysia Diurus.

Saya tidak pernah menyukai Najib. Saya menyalahkan beliau kerana keputusan pemilihan UMNO 1987 yang membawa kepada Mahathir mengetatkan cengkaman kuku besi beliau terhadap negara.

Kemudian pada tahun 2009, beliau adalah calon pilihan Mahathir untuk menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang baru mula memperkenalkan beberapa pembaharuan yang amat diperlukan kepada negara selepas 22 tahun disalah tadbir, amalan kronisme, rasuah dan sikap autoritarian Mahathir. Saya menjangkakan keadaan akan kembali seperti dahulu tetapi saya silap.

Jika ada satu perkara yang saya belajar daripada 25 tahun dalam pasaran kewangan, ia adalah jika anda membuat kesilapan, mengakuinya, letak had kerugian anda dan melihat semula sekali lagi dari perspektif yang segar dan dengan fikiran yang lebih jelas, tergantung pada dogmatik kesilapan boleh menjadi sangat berisiko, ia boleh menjatuhkan anda. Dan itu adalah apa yang betul-betul saya lakukan berkenaan dengan Najib dan saya mula suka apa yang saya lihat.

Selepas Lehman mencetuskan Krisis Kewangan Dunia, hampir setiap negara terpaksa mencetak wang baru, dengan alasan pelonggaran kuantitatif, untuk merangsang ekonomi mereka dan kebanyakannya tidak banyak kesan kecuali untuk mewujudkan buih dalam hartanah dan aset kewangan walaupun pendapatan sebenar sudah tidak berkembang atau jatuh.

Malaysia merupakan salah satu daripada beberapa negara yang menggunakan gabungan rangsangan monetari tetapi lebih fiskal untuk memulihkan semula ekonomi dan keputusan menunjukkan bahawa kita secara konsisten berkembang antara 4% kepada 7% untuk setiap suku tahun sejak itu atau apa yang ekonomi panggil pertumbuhan mampan selaras dengan potensi jangka panjang kita.

Tetapi ada satu halangan dengan rangsangan fiskal; ia adalah populis dan membawa kepada ketagihan. Jika anda tidak berhati-hati, anda akan jadi seperti Greek atau Venezuela.

Inilah sebabnya mengapa tidak kira betapa buruk ekonominya, Singapura tidak akan menyentuh rizab mereka kerana bagi sebuah negara dengan saiz sekecil mereka, mereka mempunyai sangat sedikit “leveraj” yang tinggal jika mereka melakukannya.

Malah, idea keseluruhan pemilihan Presiden adalah untuk memastikan Presiden menghentikan mana-mana PM yang cuba untuk melakukannya. Negara dan pemimpin yang terpaksa melakukannya, biasanya gagal keluar daripada keadaan itu tetapi tidak Malaysia, tidak Najib.

Sebaik sahaja ekonomi stabil, dia mula menetapkan sasaran dan had ke atas hutang Negara dan defisit Belanjawan. Disiplin seperti itu memang jarang berlaku dalam pemimpin-pemimpin negara demokrasi yang perlu menghadapi pilihan raya buat masa ini dan akan datang terutamanya seseorang seperti Najib, yang kehidupan politiknya sentiasa terancam.

Tetapi Najib tidak berhenti di situ. Beliau mula memperkenalkan GTP untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan penghantaran dan ETP untuk mempelbagaikan ekonomi, mencapai keseimbangan antara sektor awam dan swasta, menghentikan kronisme pada masa dahulu dan menyediakan negara untuk ekonomi berasaskan pengetahuan.

Untuk tujuan ini dia juga memansuhkan ISA disebalik potensi periuk api yang dia terpaksa hadapi kerana dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, perlu ada keseimbangan antara aliran maklumat dan kepentingan politik.

Di peringkat antarabangsa, beliau mendekati negara jiran kita dan kuasa-kuasa Barat dan Timur sama rata dan menarik FDI bukan kerana kita tunduk kepada mereka tetapi kerana kita berkecuali dan daya tarikan kita sebagai tempat pelaburan dalam kedua-dua dari segi kesesuaian peraturan dan pembangunan infrastruktur. Paling penting, mereka tahu mereka dialu-alukan di sini.

Saya masih ingat bahawa tahun lepas, apabila RM pertama kali melanggar kepentingan secara psikologi 3.80 dan kemudian 4.00, ramai orang menghantar mesej kepada saya dan bertanya apa yang perlu atau yang boleh kerajaan lakukan dan jawapan saya adalah tiada apa-apa …..

Kerajaan telah melakukan segala-galanya yang perlu dilakukan, pengenalan GST dan penghapusan subsidi merupakan dua daripadanya. Buat pertama kali dalam sejarah kita, kita telah berjaya menjangkakan dan bersedia untuk sesuatu masalah sebelum ia berlaku dan bukannya bertindak balas terhadap masalah selepas ia berlaku, yang kebiasaannya sudah terlambat.

Saya memberitahu orang-orang ini tajuk-tajuk utama akhbar tidak akan bermakna tulisan itu itu baik, mengutuk walaupun begitu patut abaikan sahaja mereka.

Kesimpulannya, kehidupan anda akan kurang terjejas dan saya rasa telah dianggap benar setakat ini, pujian kepada Najib dan pasukannya di Kementerian Kewangan.

Kepada mereka yang memanggil diri mereka wartawan kewangan, ahli ekonomi, penganalisis, agensi penarafan dan lain-lain, saya mempunyai mesej ini. Jika harga minyak adalah ujian, jadi terima kasih kepada Najib, Malaysia telah melepasinya dengan cemerlang.

Semua simpanan dalaman dan luaran kita telah kekal stabil sebahagian besarnya walaupun harga minyak jatuh dan kita telah mengalahkan banyak negara pengimport minyak dari segi pertumbuhan. Fikirkan tentang apa yang kita berpotensi untuk capai jika harga minyak mula naik kembali.

Berhenti berfikir dan beritahu kami bahawa kami akan gagal hanya kerana anda semua fikir ujian ini adalah sukar bagi kami dan berhenti memberi kami markah yang rendah hanya kerana anda fikir harga minyak pada masa ini bukan salah satu tajuk kegemaran kami apabila kami telah jelas mengalahkan beberapa pelajar anda yang kononnya lebih pintar.

Saya rasa apa sahaja yang berlaku seterusnya, ia hanya adil jika rakyat Malaysia memberikan Najib masa yang cukup untuk menyiapkan apa yang beliau ingin lakukan dan kemudian mengadili beliau dari situ.

Bagi saya, saya percaya beliau sudahpun menjadi PM terbaik yang Malaysia pernah ada dan sejarah yang akan membalas jasa baik beliau.

​TERJEMAHAN TULISAN DANIEL GOH

Diterjemah oleh : KKMM